Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Maybank IB kekal unjuran inflasi 1.9% dan 3%

2024-12-23 IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,23 Disember- Maybank Investment Bank kekalkan unjuran inflasi bagi 2024 pada 1.9% dan 3%,tahun hadapan.

Unjuran bagi 2025,mengambil kira potensi kesan daripada pengumuman Belanjawan 2025,termasuk rasionalisasi subsidi RON95 dan kos buruh lebih tinggi.

Kos buruh dijangka meningkat berikutan kenaikan gaji minimum,levi pelbagai peringkat pekerja asing dan caruman wajib KWSP.

Sementara itu,kesan pelarasan harga berikutan langkah rasionalisasi subsidi diesel sejak 10 Jun lepas,adalah terhad kepada inflasi.

Harga diesel tanpa subsidi berada dalam aliran menurun sejak 8 Ogos lalu daripada RM3.30 sen seliter kepada RM2.95 seliter setakat 19 Disember lalu.

Inflasi diesel bagi November 2024 kekal pada 15% untuk tempoh tahun ke tahun.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap