Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

UPSI, UKM dan INTAN perkukuh laluan pendidikan tinggi untuk penjawat awam

2024-12-20 HaiPress

Prof Md Amin (kiri),Dr Zabri (tengah) dan Prof Abdul Halim memegang dokumen perjanjian. / FOTO IHSAN UPSI

TANJUNG MALIM,20 Disember-Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Malaysia dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk memperkukuh laluan pembelajaran melalui Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL).

MoU yang ditandatangani pada Selasa lepas,membuka peluang besar kepada penjawat awam untuk mengiktiraf pengalaman kerja mereka sebagai kredit pengajian,sekali gus memendekkan tempoh dan memudah akses ke pendidikan tinggi.

Naib Canselor UPSI,Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata,kerjasama tersebut menyediakan laluan fleksibel dan inklusif bagi penjawat awam yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana atau Doktor Pendidikan (EdD).

"Pengiktirafan pengalaman kerja ini bukan sahaja mempercepatkan proses pengajian tetapi juga membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka tanpa meninggalkan pekerjaan," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Program melalui laluan APEL memberi fokus kepada pengajian fleksibel seperti mod kerja kursus dan mod campuran.

UPSI kini menawarkan pelbagai program pascasiswazah,termasuk dalam bidang Seni Persembahan,Sains Sukan,dan Doktor Pendidikan (EdD).

Kerjasama itu juga bukan hanya menyasarkan penjawat awam,tetapi juga pekerja sektor swasta dan orang awam,dengan inisiatif "reskilling" dan "upskilling" bagi meningkatkan kebolehpasaran serta memudahkan peralihan kerjaya.

Sementara itu,Timbalan Naib Canselor UKM,Prof Dr. Abdul Halim Abdul Gafor menyifatkan program APEL sebagai langkah penting untuk memenuhi keperluan sektor awam dan industri.

"Pendekatan ini menjadikan pendidikan lebih mudah diakses dan relevan dengan keperluan sebenar pekerjaan," katanya.

Dalam pada itu,Pengarah INTAN,Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff,pula menegaskan bahawa inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen UPSI,UKM,dan INTAN dalam menyokong agenda kerajaan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.

"Kerjasama ini akan memperkukuhkan daya saing sektor awam dan swasta di Malaysia," tambah beliau.

Majlis MoU turut dihadiri Pendaftar UPSI,Helmi Zaifura Abdul Rahman,serta Pengarah Akademik dan Antarabangsa UPSI,Prof Madya Dr. Ridzwan Che Rus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap