2024-12-19 IDOPRESS
Foto Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR,19 Disember- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu rakan sejawatnya dari Turkmenistan,Rashid Meredow,bagi membincangkan isu-isu dua hala yang menjadi kepentingan bersama.
Wisma Putra menerusi hantaran di Facebook memaklumkan,perbincangan itu merangkumi cadangan untuk menubuhkan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama antara Malaysia dan Turkmenistan.
"Kedua-dua pihak juga menerokai peluang-peluang kerjasama ekonomi di luar sektor minyak dan gas.
"Mesyuarat turut memfokuskan kepada persiapan bagi lawatan rasmi Presiden Turkmenistan ke Malaysia pada 18 hingga 19 Disember 2024," menurut hantaran itu.
12-30
12-30
12-30
12-30
12-30
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29