Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

2024-12-19 HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,18 Disember - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Ketika penutup dagangan,kontrak Disember 2024 meningkat kepada 5.5 mata kepada 1,596,Januari 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,600,Mac 2025 menaik 5.0 mata kepada 1,584.5 dan Jun 2025 melonjak 5.5 mata kepada 1,591.50.

Jumlah dagangan menokok kepada 4,990 lot daripada 2,683 lot pada Selasa,manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,525 kontrak daripada 39,171 kontrak sebelumnya.

Pada 5.00 petang,FBM KLCI naik 0.14 peratus atau 2.25 mata kepada 1,599.58 daripada 1,597.33 ketika ditutup pada Selasa. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap