2024-12-19 HaiPress
Presiden Turkmenistan TYT Serdar Berdimuhamedov dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran MoU di Putarjaya
PUTRAJAYA,19 Disember - Malaysia dan Turkmenistan akan mewujudkan suruhanjaya bersama bagi memperluas tahap kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk industri minyak dan gas.
Beliau berkata menteri luar kedua-dua negara akan melaksanakan inisiatif berkenaan pada awal tahun depan untuk mengukuhkan kerjasama mereka.
“Kami berdua mengulangi komitmen untuk memastikan tahap kerjasama diperkukuh melalui suruhanjaya bersama. Menteri Luar akan memantau dan meneruskan inisiatif ini pada tahun hadapan bagi memastikan kerjasama ini berjalan dengan lancar," katanya pada sidang media bersama Presiden Turkmenistan,Serdar Berdimuhamedow sempena lawatan rasminya ke Malaysia di sini,pada Khamis.
Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan terhadap sokongan Turkmenistan terhadap industri negara,khususnya PETRONAS Carigali.
“Bagi pihak kerajaan dan rakyat,saya ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya. Saya juga memberi jaminan kepada Presiden bahawa kerjasama ini akan sangat bermakna dan membawa manfaat serta kejayaan kepada kedua-dua negara," katanya.
Sejak lawatan terakhir pada 2016 oleh bekas Presiden Turkmenistan,Gurbanguly Berdimuhamedow,yang kini pemimpin kebangsaan,hubungan antara Malaysia dan Turkmenistan terus diperkukuh dengan sokongan berterusan republik itu terhadap industri negara.
Dalam kenyataan bersama selepas sidang media terbabit,kedua-dua pemimpin komited untuk membina kerjasama jangka panjang yang kukuh,dengan fokus utama pada industri minyak dan gas,demi pertumbuhan serta kemakmuran bersama.
Perdagangan antara Malaysia dan Turkmenistan menunjukkan pertumbuhan ketara,dengan jumlah dagangan melonjak 74.8 peratus dari Januari hingga Oktober 2024.
Nilai perdagangan itu meningkat kepada RM63.28 juta (US$13.90) berbanding RM36.19 juta (US$7.91 juta) pada tempoh yang sama tahun lepas.
Pada 2023,Turkmenistan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah,dengan jumlah perdagangan bernilai RM48.62 juta (US$10.57 juta).
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkmenistan telah terjalin secara rasmi pada 1992.
12-30
12-30
12-30
12-30
12-30
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29