2024-12-11 HaiPress
Anwar Ibrahim pada Mesyuarat The Strategic Vision Group: Russia-Islamic World di Kuala Lumpur hari ini/RTM
KUALA LUMPUR,11 Disember- Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilaksanakan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu sambil menolak perpecahan demi membina semula sebuah negara bersatu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
"Kami memantau situasi di Syria setiap hari. Peralihan secara aman yang menghormati masyarakat di sana perlu dijadikan keutamaan.
"Perpecahan harus ditolak dan perpaduan perlu dipegang sebagai prinsip utama untuk membina semula negara itu," katanya ketika berucap pada Mesyuarat The Strategic Vision Group: Russia-Islamic World di ibu negara hari ini.
Perdana Menteri turut menegaskan tanggungjawab masyarakat antarabangsa untuk menyokong Syria sebagai sebuah negara yang merdeka dan bersatu.
BERITA BERKAITAN
PM Sementara Syria seru kestabilan dan ketenangan
Syria: Kumpulan penentang kerajaan mula bincang peralihan kuasa
Syria: Majlis Keselamatan PBB sepakat tangani situasi selepas kejatuhan Assad
Malaysia pantau rapat perkembangan di Syria - KLN
Biar rakyat Syria tentukan masa hadapan mereka
Bashar al-Assad umum letak jawatan,tinggalkan Syria - Rusia
Malaysia pantau situasi Syria pastikan keselamatan rakyat terjamin
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20