2024-12-06 HaiPress
APM sentiasa bersiap siaga dalam operasi memindahkan penduduk berpindah ke PPS/Foto APM Kelantan
KUALA LUMPUR,6 Disember -Berikut rangkuman penduduk terjejas banjir bagi 7 negeri setakat pukul 10.00 pagi tadi.
Di Kelantan,1 pusat pemindahan sementara (PPS) kembali di buka di Jeli malam tadi,dengan 2 jajahan di Tumpat dan Pasir Mas kekal tidak berubah.
Manakala,di Terengganu menunjukkan trend penurunan setakat 10.00 pagi tadi.
Sementara itu,Kedah,Johor,Perak,Melaka dan Pahang menunjukkan trend tidak berubah.
Di KELANTAN,penduduk terjejas banjir dua jajahan mencatat trend tidak berubah apabila 23,366 orang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS).
Sektretariat Pengurusan Bencana memaklumkan,jajahan Tumpat mencatatkan penduduk terjejas banjir iaitu 13,879 orang di 31 PPS,diikuti Pasir Mas seramai 9,468 orang yang ditempatkan di 17 PPS.
Sementara itu di Jeli,terdapat kemasukan baharu penduduk terjejas banjir yang berlindung di 1 PPS melibatkan 19 orang daripada 4 keluarga.
Di JOHOR, jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 938 orang berlindung di 22 PSS berbanding 975 orang pada 8 malam tadi.
Di MELAKA, jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 140 orang berbanding 148 orang daripada 37 orang pada malam tadi.
Semua penduduk terjejas berlindung di 2 PPS Jasin melibatkan 36 keluarga.
Di KEDAH pula,penduduk terjejas banjir menunjukkan trend peningkatan dengan 5,285 orang berbanding 4,141 orang setakat 8 malam tadi.
Kesemua mereka berlindung di 22 PPS yang dibuka di tiga daerah Kota Setar (4,588 orang) dengan 16 PPS; Kubang Masu (580 orang) berlindung di 5 PPS dan Pokok Sena (117 orang) di 1 PPS melibatkan 35 keluarga.
Di TERENGGANU, situasi banjir semakin pulih apabila penduduk terjejas banjir di dua daerah berkurangan kepada 476 orang berbanding 1,692 pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan daerah Kuala Nerus merekodkan seramai 400 penduduk terjejas banjir (81 keluarga) ditempatkan di 2 PPS.
Manakala,daerah Setiu melibatkan 76 orang (13 keluarga) berlindung di 2 PPS.
Di MELAKA, seramai 148 penduduk terjejas banjir melibatkan 37 keluarga berlindung di 2 PPS di daerah Jasin.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah penduduk banjir pagi ini tidak berubah dengan 149 orang daripada 51 keluarga di 4 PPS.
Menurut sekretariat itu,seramai 92 orang daripada 32 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di daerah Kinta serta seramai 57 orang daripada 19 keluarga juga turut berlindung di dua PPS di daerah Perak Tengah.
Di PAHANG,penduduk terjejas banjir kekal tidak berubah dengan 15 orang daripada lima keluarga di daerah Maran.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20