Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Malaysia-Australia perkukuh kerjasama perdagangan, pelaburan dan keselamatan

2024-12-04 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong di Parlimen

KUALA LUMPUR,4 Disember - Malaysia dan Australia menzahirkan komitmen bagi terus memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan.

Sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik tahun hadapan,kedua-dua negara juga berusaha untuk memperkasa kolaborasi dalam bidang keselamatan siber dan maritim.

Komitmen itu dizahirkan dalam sesi kunjungan hormat oleh Menteri Luar Australia Penny Wong bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Dalam sesi perjumpaan yang berlangsung selama 30 minit itu,Penny turut menyatakan sokongan sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan.

Hadir sama dalam perjumpaan serampang mata itu ialah Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan.

Penny dalam rangka lawatan ke Malaysia sempena perjumpaan Tahunan bersama-sama menteri luar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap