Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Malaysia sokong penyertaan tetap Timor-Leste dalam ASEAN

2024-12-02 HaiPress

Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap penyertaan Timor-Leste sebagai ahli tetap ASEAN dan komited untuk membantu proses tersebut / Foto Bernama

PUTRAJAYA,2 Disember – Malaysia menyatakan sokongan penuh penyertaan Timor-Leste sebagai ahli tetap ASEAN dan komited untuk membantu proses tersebut.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi mempermudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam blok serantau itu.

"Kami menantikan agar mereka diterima sebagai ahli tetap pada tahun 2025 apabila Malaysia mempengerusikan ASEAN. Kami akan membantu agar proses ini dapat dipercepatkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Timor-Leste,Xanana Gusmão,di Perdana Putra,di sini.

Dalam pertemuan tersebut,kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Konsesi Tanah,yang melibatkan pemberian sebidang tanah oleh Kerajaan Republik Demokratik Timor-Leste untuk pembangunan Kompleks Canselori Kedutaan Malaysia di Dili.

Keputusan memindahkan tanah secara langsung kepada Malaysia adalah tanda penghargaan Timor-Leste atas bantuan dan sumbangan berterusan Malaysia sejak awal kemerdekaan negara itu.

Anwar turut menyaksikan Pertukaran Nota berkaitan aturan pengecualian visa,yang akan memberikan pengecualian visa secara timbal balik kepada rakyat kedua-dua negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap