2024-11-30 HaiPress
Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari
KUALA LUMPUR,30 November- Kerjasama dan diplomasi pertahanan dengan negara serantau serta global perlu diperkukuh.
Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari berkata ia demi memastikan aspek pertahanan negara dan keselamatan nasional dipelihara.
Usaha kerjasama tersebut merujuk kepada perbincangan secara global termasuk rundingan dengan negara lain.
"Kita tahu bahawa pertahanan bukan merujuk kepada kita sahaja tapi dia terkait juga dengan cabaran-cabaran di luar terutamanya,seumpamanya isu Laut China Selatan. Walaupun kita rasa dia adalah selamat secara umumnya berbanding dengan kawasan-kawasan dan mungkin laut-laut yang lain.
Tetapi,kita jangan ambil mudah kerana kita harus menyediakan pertahanan dan diplomasi pertahanan yang cukup. Ini amat penting kerana melalui diplomasi banyak penyelesaian yang dapat kita lakukan," kata Adly kepada pemberita,hari ini.
Tambahnya,peruntukan besar diberikan kepada sektor pertahanan negara dalam memastikan keupayaan industri pertahanan ditingkatkan selain memastikan kesiapsiagaan semua cabang Angkatan Tentera Malayasia (ATM) berada pada tahap tertinggi.
Beliau ditemui selepas menjadi tetamu untuk Progra Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25