2024-11-27 HaiPress
Foto Bernama
KUALA LUMPUR,27 November - Kementerian Ekonomi sedang berusaha untuk membuka lebih banyak tapak bagi Inisiatif Pendapatan Rakyat ( IPR) INTAN di seluruh negara.
Menterinya,Rafizi Ramli memaklumkan,setakat September lalu,sebanyak 2,742 ekar tanah milik kerajaan persekutuan dibuka untuk IPR INTAN .
Manakala selebihnya melibatkan tanah kerajaan negeri.
Rafizi menerusi Facebook rasminya memaklumkan,setakat ini 3,628 peserta di seluruh negara terlibat dalam program berkenaan dan permohonan orang ramai untuk menyertainya juga semakin meningkat..
Sabah,Terengganu dan Perlis antara negeri yang mencatatkan jumlah peserta tertinggi.
"Bukit Bidong,Kg Banggol,Saujana,Rhu Tapai (semuanya di Setiu),Gong Chengal (Kemaman),Cendering (Kuala Terengganu) seluas 407 ekar membabitkan 713 peserta.
Kota Marudu,Kuala Penyu,Kudat,Matunggong,Tambunan,Kinabatangan,Tawau di Sabah seluas 810 ekar dan 770 peserta.
"Walau ada yang mencemuh,tetapi usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan memberi peluang menjana pendapatan,terutamanya kepada penduduk luar bandar adalah berkesan,berbanding dengan memberi wang semata-mata tanpa membantu mereka membina peluang pendapatan," katanya dalam hantaran video di aplikasi Facebook.
Beliau memberi contoh projek penanaman cili,nenas dan tanaman kontan lain boleh menjana hasil melebihi RM5,000 sebulan.
Bagi menggalakkan lebih banyak projek IPR,beliau menyarankan individu berminat,memaklumkan kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menawarkan tanah,melalui kerjasama dengan Kementerian Ekonomi.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20