Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Pengurangan warga asing, JIM gesa PTI sertai Program Repatriasi Migran

2024-11-25 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU,25 November- Pendatang asing tanpa izin (PTI) digesa merebut peluang untuk pulang ke negara asal melalui Program Repatriasi Migran sebelum 31 Disember ini.

Program tersebut menggalakkan mereka menyerah diri ke mana-mana pejabat Imigresen negeri secara sukarela.

Pengarah Imigresen negeri,Mohd Yusri Mohd Nor berkata program berkenaanbertujuan mengurangkan jumlah keberadaan PTI dalam negara.

Sejak diperkenal Mac lalu,sejumlah 2,147 PTI di Terengganu menyertai program berkenaan dan telah dihantar pulang.

"Sehingga akhir tahun ini,31 Disember 2024. Mungkin pihak media boleh menguar-uarkan juga berkaitan program ini. Mungkin selepas ini,kita sedia tiket dan dia perlu bayar denda serta serah diri. Kemudian,kita senarai hitamkan," kata Mohd Yusri kepada pemberita sempena Majlis Mesra Media di Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu,di sini.

Mengulas lanjut,beliau berkata 815 operasi telah diadakan di seluruh negeri sejak Januari lalu.


Daripada jumlah itu,7,306 warga asing diperiksa dan 1,306 dikenakan tindakan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa.


Pihaknya akan menggandakan operasi di beberapa premis dan tapak projek sepanjang musim tengkujuh ini,bagi mengelak PTI mengambil kesempatan menyelinap masuk ke negara tanpa sebarang dokumen sah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap