Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT

2024-11-25 HaiPress

Foto Metro Driving Academy

TELUK INTAN,25 November – Program MyLESEN Kelas B2 akan diteruskan tahun depan dengan fokus kepada pelajar institusi pendidikan di seluruh negara,kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Datuk Aedy Fadly Ramli.

Beliau berkata,perbincangan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan untuk memilih sekolah-sekolah tertentu sebagai perintis.

Selain itu,manfaat program ini turut diperluas kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT),Kolej Komuniti,dan kolej-kolej di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Kita dapati banyak anak-anak yang menggunakan motosikal untuk ke sekolah tetapi ramai sebenarnya tidak mempunyai lesen. Ini berlaku kerana kekangan masa ibu bapa yang tidak sempat menghantar anak-anak ke sekolah.

"Walaupun umur 16 tahun sudah boleh mengambil lesen,masih kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat lesen motosikal," kata beliau ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Program MyLESEN Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di sini,hari ini.

Katanya,bagi tahun ini,seramai 30,000 peserta layak menyertai program itu daripada 140,000 permohonan yang diterima.

Di Perak sahaja,seramai 2,595 peserta golongan B40 menerima manfaat melalui 29 institut memandu.

Peserta di negeri itu terdiri daripada 2,500 pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2,40 peserta dengan Lesen Vokasional Kenderaan Barang (GDL-Lori),30 peserta dengan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV Bas),dan 25 peserta untuk lesen e-Hailing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap