2024-11-22 HaiPress
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor
JOHOR BAHRU,22 November - Lima projek perumahan rakyat (PPR) di sini,telah dilengkapi dengan sistem pagar berpalang bagi memastikan hanya kenderaan yang dibenarkan dapat memasuki kawasan perumahan itu.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata,PPR terlibat ialah PPR Melana Satu,PPR Melana Dua,PPR Uda Utama,PPR Desa Mutiara,dan PPR Cahaya Senibong.
"Antara infrastruktur lain yang dipasang di PPR tersebut ialah sistem kad akses,pondok pengawal,dan kamera litar tertutup (CCTV).
"Empat lagi PPR,iaitu PPR Perling,PPR Sungai Tiram,PPR Pelangi Indah dan PPR Setia Indah,sedang dalam proses pemasangan dan dijangka siap pada hujung tahun ini," kata Mohd Jafni.
Pelaksanaan keselamatan itu akan diteruskan secara berfasa,pada tahun hadapan,melibatkan PPR dan rumah sewa kerajaan (RSK) Johor.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20