2024-11-17 HaiPress
Jazmanie Shafawi / Foto RTM
MELAKA TENGAH,17 November-Sebanyak 532,125 kes nahas jalan raya telah direkodkan dari Januari hingga Oktober lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Datuk Jazmanie Shafawi,berkata daripada jumlah itu,5,364 adalah kemalangan maut dengan 68 peratus daripadanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Sehubungan itu,JPJ komited melaksanakan program kesedaran keselamatan jalan raya untuk memastikan masyarakat memahami kepentingan keselamatan dan lebih berhati-hati.
"Klinik Penunggangan Selamat ini diadakan bagi mencapai sasaran sifar margin kecelakaan motosikal.
"Ia bagi meningkatkan kompetensi dan kesedaran keselamatan dalam kalangan penunggang motosikal,termasuk langkah perlindungan seperti memakai helmet yang diiktiraf,mematuhi had laju,dan mengamalkan strategi penunggang defensif.
"Agenda klinik ini merangkumi latihan praktikal seperti teknik brek kecemasan,kawalan kenderaan dalam situasi berisiko tinggi,serta ceramah keselamatan oleh pakar keselamatan jalan raya dan pencegahan kemalangan," katanya kepada pemberita pada Program Komuniti Keselamatan Jalan Raya sempena World Day of Remembrance for Road Traffic Victims 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di sini.
Antara pengisian utama program tersebut ialah Klinik Penunggangan Selamat,yang bertujuan memupuk nilai keselamatan dalam kalangan penunggang motosikal serta meningkatkan kesedaran bahawa keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20