2024-11-17 HaiPress
Foto Facebook MOT
KUALA LUMPUR,17 November- Malaysia menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN (STOM) ke-58,bermula esok sehingga 22 November.
Mesyuarat berprestij itu bakal menghimpunkan pemimpin pengangkutan serta pakar industri dari 10 negara ASEAN bagi membincangkan usaha memperkukuh kesalinghubungan serantau dan memacu kemakmuran ekonomi.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia,Datuk Jana Santhiran Muniayan,mesyuarat tersebut akan memberi fokus kepada sektor pengangkutan yang merangkumi udara,darat,maritim dan logistik.
Selain itu,ia juga membuka peluang berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan rakan dialog seperti China,Korea,Jepun,Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia,di Angkasapuri,Kota Media.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) komited untuk memastikan keterangkuman dan kelestarian menjadi asas dalam membina komuniti ASEAN yang lebih kukuh.
"Kita mahu lebih banyak kerjasama antara negara ASEAN,sebab kita lihat bukan sahaja Malaysia,tetapi ASEAN sebagai satu blok.
"Sebagai contoh,jika kita membawa masuk barangan dari China ke Singapura dengan pengangkutan rel (keretapi),ia akan melalui negara-negara lain seperti Vietnam,Thailand dan Malaysia. Jadi,kerjasama semua negara adalah penting untuk mengangkat ekonomi negara ASEAN.
Mesyuarat itu turut melibatkan pembentangan dan perbincangan oleh kumpulan kerja utama dalam sektor pengangkutan udara,darat dan maritim menerusi Pelan Strategik Pengangkutan ASEAN 2016–2025.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20