2024-11-17 HaiPress
Foto Fail
LANGKAWI,17 November- Pulau Langkawi bakal diangkat sebagai hab seni kontemporari,luar dari Kuala Lumpur.
Usaha itu akan dipelopori oleh Balai Seni Negara.
Menurut Ketua Pengarah Balai Seni Negara,Amerrudin Ahmad,Balai Seni Negara di Kuala Lumpur adalah pusat pameran khazanah seni visual,tetapi keunikan di Langkawi pula merupakan tempat penemuan golongan seniman muda tempatan dan antarabangsa yang memperjuangkan seni kontemporari.
"Di Langkawi satu tempat yang lebih organik,yang mana di sini pertemuan seniman muda yang ada sekarang bersemangat untuk membangunkan dan meneroka peluang-peluang baharu dalam seni kontemporari dan juga kreatif.
Selain itu,ia mampu menjana pendapatan dan idea-idea baru arena medium seni kontemporari itu sendiri," kata Amerrudin kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran Sunyi dan Simposium Bakat Muda Sezaman 2024 di Bangunan Hospital Lama Kuah,malam tadi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya MOTAC,Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman.
Hadir sama,penerima Anugerah Karyawan Seni Negara 2024 kategori Karyawan Seni Visual,Wong Hoy Cheong dan juga wakil agensi tempatan daerah Langkawi.
Pameran Sunyi melibatkan 11 artis muda yang memperjuangkan seni kontemporari.
Pameran berlangsung dari 15 hingga 24 November di Bangunan Hospital Lama Kuah bermula pukul 5.00 petang hingga pukul 10.00 malam.
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25