Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus

2024-11-15 HaiPress

Gabenor Bank Negara,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto Bernama

KUALA LUMPUR,15 November – Kadar inflasi negara tahun hadapan dijangka berpurata antara 2 hingga 3.5 peratus,selaras dengan langkah dasar domestik Belanjawan 2025.

Gabenor Bank Negara,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata langkah itu berikutan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 serta peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menurutnya,jangkaan tersebut bergantung kepada kesan limpahan dasar domestik selain daripada perkembangan luar,yang boleh mempengaruhi harga komoditi global.

“Yang penting,inflasi asas yang stabil pada suku ini terus mencadangkan kesan limpahan terhadap harga barangan dari pengurangan subsidi yang dilaksanakan pada bulan Jun,yang kami percaya berpunca daripada penguatkuasaan yang berkesan serta langkah besar untuk meminimumkan impak kos ke atas perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024,di Ibu Negara.

Bagi suku ketiga 2024,kadar inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus.

Walau bagaimanapun,inflasi untuk diesel dan insurans kenderaan mencatatkan peningkatan,manakala inflasi bagi makanan dan minuman menurun kepada 1.6 peratus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap