2024-11-13 HaiPress
Mesyuarat Meja Bulat bersama pemain industri Mesir di Kaherah /Foto FB TENGKU ZAFRUL
KUALA LUMPUR,13 November - Lawatan Rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,ke Mesir dari 10 sehingga 12 November 2024 berjaya menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri,(MITI) dalam satu kenyataan,memaklumkan potensi eksport itu diraih melalui Mesyuarat Meja Bulat yang dianjurkan.
Menurut MITI,wakil perniagaan dari kedua-dua negara mempamerkan minat yang mendalam untuk memperkukuhkan ekonomi dua hala.
Ia dihadiri oleh kira-kira 60 pemimpin industri termasuk Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Potensi eksport ini melibatkan beberapa sektor bernilai tinggi termasuk automotif,kimia,oleokimia dan tenaga boleh baharu.
MITI yakin hubungan dua hala ini akan terus berkembang,sekali gus memberikan impak positif kepada ekonomi dan pencapaian objektif Pelan
Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) menjelang 2030.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20