2024-11-12 HaiPress
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengumumkan pra-pelancaran Program QE 5.0,inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sektor awam dan swasta / Foto FB MPC
KUALA LUMPUR,12 November – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengumumkan pra-pelancaran Program QE 5.0,inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sektor awam dan swasta.
MPC memaklumkan,program itu bertujuan memberi pendedahan kepada pemain industri mengenai potensi penjimatan kos dan nilai tambah dalam memenuhi tuntutan global.
"Program QE 5.0 diperkenalkan dengan lima tahap revolusi,yang fokus kepada pengurusan tempat kerja yang lebih cekap,pengurangan pembaziran,dan penggunaan teknologi. Ia juga menggalakkan amalan lestari untuk meningkatkan produktiviti secara menyeluruh," menurut MPC menerusi kenyataan.
Inisiatif itu disasar untuk meningkatkan produktiviti sebanyak 25 peratus,mengurangkan kos operasi sebanyak 20 peratus,dan memberi nilai tambah melalui amalan pengurusan yang berdaya tahan dan efisien,bagi memenuhi cabaran dalam ekonomi global.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20