Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kerajaan pastikan ringgit stabil, BNM sedia tangani ketidaktentuan

2024-11-11 HaiPress

Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR,11 November- Kerajaan Malaysia akan memastikan ringgit terus didagangkan dengan teratur meskipun menghadapi ketidaktentuan global.

Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus bersedia membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan dalam pasaran pertukaran asing.

"Kerajaan dan BNM telah lama mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian perdagangan dan pelaburan antarabangsa," jelas Ying semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut menambah sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan,kerajaan akan memimpin usaha untuk memperluaskan lagi penggunaan mata wang tempatan serantau dengan negara-negara ASEAN lain.

BNM akan terus meneroka peluang kerjasama penyelesaian mata wang tempatan dengan negara-negara strategik yang mempunyai nilai dagangan dua hala yang tinggi.

Dalam pada itu,Ying berkata kerajaan sedang melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Langkah-langkah tersebut termasuk penambahbaikan mekanisme melalui Kerjasama Awam-Swasta (PPP) serta penggunaan Akta 850 dalam meningkatkan tadbir urus kewangan awam.

Begitu juga mempergiatkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030,program pengaktifan dan reformasi badan berkaitan kerajaan (GEAR-uP) serta penambahbaikan gaji minimum.

"Penggubalan akta baharu untuk menambahbaik perolehan kerajaan dan memperkukuh tadbir urus syarikat milik kerajaan dijangka akan meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan pengurusan kewangan awam.

"Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada pelaksanaan dasar strategik bagi memugar ekonomi,memajukan perubahan,dan mensejahterakan rakyat," katanya menjawabpertanyaan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse di Dewan Rakyat.

Beliau turut menyatakan kerajaan kekal komited untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara melalui pelaksanaan dasar fiskal berhemah yang selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap