2024-11-05 HaiPress
Datuk Chan Foong Hin / Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 November - Kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China di Amerika Syarikat dilihat peluang kepada industri sarung tangan getah negara meningkatkan kembali bahagian pasaran di negara berkenaan.
Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin,ia sekaligus menjadikan sarung tangan dari Malaysia lebih berdaya saing.
"Kerajaan melalui Malaysia Rubber Council (MRC) akan menggiatkan lagi usaha untuk mempromosikan sarung tangan getah menerusi penyertaan di pameran perdagangan utama di Amerika Syarikat seperti Florida International Medical Expo (FIME) dan International Restaurant & Food Service Show di New York.
"Kerajaan juga akan mengambil peluang ini untuk mempromosikan sarung tangan berasaskan getah asli," katanya di Dewan Rakyat di sini.
Tambah beliau,geran di bawah Dana Automasi dan Teknologi Hijau turut disediakan Lembaga Getah Malaysia bagi menyokong modenisasi pengeluaran sarung tangan getah oleh pemain industri.
Penjelasan tersebut diberikan bagi menjawab soalan asal yang dikemukakan Kuala Krau,Tuan Haji Kamal bin Ashaari,yang ingin mengetahui rancangan kerajaan terhadap perubahan struktur permintaan sarung tangan nitril global untuk Malaysia.
12-06
12-06
12-06
12-06
12-06
12-06
12-06
12-06
12-06
12-06