2024-10-27 HaiPress
FOTO FAIL
PUTRAJAYA,26 Oktober - Pelajar serta pengajar beragama hindu diberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid selama empat hari iaitu pada 28,29 dan 30 Oktober serta 1 November ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.
"Pelaksanaan ini bertujuan memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama-sama keluarga masing-masing.
"Di kesempatan ini,kementerian juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar,pengajar,warga KPT dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu," menurut kenyataan itu.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20