Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kadar jangka pendek dijangka kukuh minggu depan

2024-10-26 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,26 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini,bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik dan repo berbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.50 bilion daripada RM39.30 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai naik kepada RM18.12 bilion daripada RM17.19 bilion sebelum itu.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 24 Okt,2024.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap