Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Tragedi tsunami perkukuh komitmen kesalinghubungan ASEAN, serantau

2024-10-25 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,25 Oktober- Tragedi tsunami dilihat berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara ASEAN dan rantau ini tentang keperluan dalam usaha membentuk semula cara menangani dan pengurusan risiko selain mempertingkatkan kesiapsiagaan,daya tahan,mitigasi serta kebolehsesuaian menghadapi bencana.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dalam satu kenyataan berkata,usaha berterusan perlu diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam.

"Hari ini menghadiri majlis Memperingati 20 Tahun Tsunami Lautan Hindi dan Hari PengurusanBencana ASEAN yang telah diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas,Bandar Seri Begawan,Negara Brunei Darussalam.

"Majlis ini diadakan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-12 (12th Asian Ministerial Meeting on Disaster Management).

"Acara ini bagi mengimbau kenangan pahit tragedi tsunami yang meragut lebih daripada 230,000 nyawa di 14 buah negara selain memberi impak bencana yang besar kepada komuniti di Asia Tenggara dan rantau Lautan Hindi," menurut kenyataan itu.

Majlis itu amat signifikan kerana bencana tsunami pada 2004 telah membentuk semula kaedah menangani dan mengurus risiko bencana.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus turut mengiringi Ahmad Zahid ke majlis itu.

Sebelum majlis itu berlangsung berlangsung,Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta wakil dari negara anggota ASEAN hadir mengikuti acara menanam pokok sebagai simbolik kepada semangat pemulihan yang berkekalan dan sebagai tanda penghormatan untuk daya tahan alam semulajadi dan komuniti yang terjejas.

Mesyuarat itu berperanan sebagai forum untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu strategik dan terkini serta membincangkan kemajuan semasa dan status perkembangan program dan aktiviti bawah ASEAN


Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) 2021-2025.

Penyertaan dan kehadiran Timbalan Perdana Menteri dalam AMMDM ke-12 mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara-negara ASEAN serta memperkuat daya tahan rantau ini terhadap bencana alam.

Ia juga dilihat akan mengeratkan hubungandengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap