2024-10-23 HaiPress
Ketua Ekonomi IMF,Pierre-Olivier Gourinchas / Foto AFP
WASHINGTON,23 Oktober - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan global sedikit perlahan pada 2024 dan 2025.
Pertumbuhan global dijangka turun sedikit kepada 3.2 peratus tahun ini dan kekal pada paras itu pada 2025.
Ketua Ekonomi IMF,Pierre-Olivier Gourinchas berkata,pertumbuhan global diunjur kekal stabil,meskipun terdapat prospek semakin lemah dan ancaman meningkat.
Menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang baru diterbitkan,prospek pertumbuhan bagi pasaran baru muncul dan ekonomi membangun diunjur sangat stabil,sekitar 4.2 peratus tahun ini.
Ini terutamanya pertumbuhan di negara Asia sedang pesat membangun.
Laporan itu turut menganggarkan inflasi global akan terus berkurangan,mencecah 5.8 peratus tahun ini,sebelum turun kepada 4.3 peratus pada 2025.-AFP
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27