2024-10-22 HaiPress
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto BERNAMA
PETALING JAYA,21 Oktober - Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) komited membantu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia dengan harga di bawah RM100,000.
Menterinya,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,berkata,kementerian optimis Perodua mampu mencapai sasaran itu menjelang akhir tahun 2025.
“Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana ingin menjadikan EV sebagai kenderaan mampu milik,” katanya selepas Pelancaran JAC Motors Brand,di sini.
Selain memastikan pertumbuhan dan keupayaan infrastruktur EV di Malaysia lebih berkembang.
Tambahnya,infrastruktur pengecasan negara juga berkembang pesat dengan hampir 3,200 stesen pengecas awam sudah dipasang.
MITI menyasarkan 10,000 pengecas awam menjelang 2025 dapat direalisasikan.
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27