Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Baucar buku MADANI, lebih sejuta pelajar telah tebus

2024-10-22 HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh / Foto Bernama

KUALA LUMPUR,22 Oktober – Lebih sejuta pelajar lepasan menengah di seluruh negara telah menebus Baucar Buku MADANI,setakat semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkatainisiatif itu melibatkan peruntukan sebanyak RM157 juta dan telah mencatat nilai pembelian keseluruhan lebih RM120 juta.

"Daripada jumlah tersebut,seramai 661,487 adalah murid tahap dua sekolah rendah,manakala bagi Kolej Vokasional,Pra-Universiti,Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru,jumlah pelajar adalah 61,806.

"Jumlah nilai Baucar Buku MADANI yang telah ditebus oleh golongan ini sehingga 21 Oktober 2024 adalah berjumlah RM157 juta," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ipoh Timur,Lee Chuan How pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambah Kah Woh,pendaftaran,penebusan,dan pembelian dibuat secara dalam talian untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan baucar tersebut.

Selain itu,lebih 647,000 buku ditawarkan menerusi sistem DELIMa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap