2024-10-22 HaiPress
FOTO HIASAN
KULAI,22 Oktober - Semua Hutan Taman Negeri,Taman Eko Rimba,Trek Pendakian dan Laluan Trek Sukan akan ditutup sementara pada November hadapan sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).
Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Johor Mohd Syahrir Azrin Salleh berkata,langkah berjaga-jaga itu diambil hasil perbincangan bersama-sama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Penutupan itu dijangka ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Tindakan undang-undang juga akan dikenakan sekiranya orang awam melanggar peraturan serta arahan terkini yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan.
"Semasa penutupan biasanya kita akan buat kerja-kerja pemulihan ataupun aktiviti penyelenggaraan di trek-trek dan pada masa sama kita akan memantau aktiviti-aktiviti yang kita rasa dekat di kawasan kampung,dekat hutan simpan dan sebagainya.
"Pemantauan daripada segi penguatkuasaan akan kita laksanakan. Jadi setakat ini,40 anggota telah kira kerah untuk memantau semua aktivti di hutan lipur dan taman eko rimba," kata Syahrir.
Sehingga kini,fenomena kepala air di Gunung Pulai,Kulai,Gunung Belumut,Kluang dan Sungai Bantang Segamat masih terkawal serta berskala kecil.
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27