Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Niaga hadapan emas dijangka naik minggu depan

2024-10-20 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,19 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka naik pada minggu depan,didorong oleh jangkaan persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan di peringkat global,kata seorang penganalisis.

Persekitaran kadar faedah yang rendah menguntungkan emas kerana ia mengurangkan kos peluang bagi pegangan aset tidak menghasilkan seperti emas.

"Pelabur menjangkakan kadar rendah ini akan berterusan,yang mendorong permintaan emas sebagai aset selamat," katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Oktober 2024 menutup minggu ini dengan meningkat kepada AS$2,718.00 setiap auns troy berbanding AS$2,645.90 pada minggu sebelum ini dan November 2024 menokok kepada AS$2,733.00 daripada AS$2,667.70.

Disember 2024,Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$2,741.10 setiap auns troy berbanding AS$2,669.10 minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 59 lot daripada 88 lot,manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 40 kontrak berbanding 53 kontrak sebelum ini.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 17 Oktober,harga emas fizikal berada pada AS$2,688.85 setiap auns troy. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap