2024-10-20 HaiPress
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil / Foto RTM
KOTA KINABALU,20 Oktober – Syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Sabah diminta untuk menyegerakan pengoperasian menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang telah siap dibina bagi meningkatkan kesalinghubungan di kawasan terlibat.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata sehingga Oktober,dianggarkan antara 12 hingga 15 menara JENDELA telah dikenal pasti siap dan perlu segera digunakan sebagai penyelesaian kesalinghubungan sementara.
"Walaupun ada yang menunggu pemasangan gentian optik,proses ini akan memakan masa. Oleh itu,saya meminta supaya pemasangan peralatan microwave dilakukan untuk membolehkan menara-menara ini beroperasi dengan segera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat JENDELA yang turut dihadiri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta beberapa syarikat telekomunikasi,di sini.
Tambah Fahmi,pihaknya akan terus memantau perkembangan tersebut dan berhubung dengan syarikat telekomunikasi untuk memastikan semua menara yang telah dikenal pasti dapat beroperasi secepat mungkin.
Dalam perkembangan berkaitan,Fahmi turut memaklumkan sebanyak 2,700 lokasi telah dikenal pasti untuk pembinaan menara JENDELA Fasa 2.
Ini melibatkan kawasan pulau,pedalaman,dan kawasan-kawasan terpencil yang sukar diakses.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20