Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

2024-10-17 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,17 Oktober- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis,susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum dan Rizab Persekutuan AS dilihat teragak-agak untuk mengikuti trend itu.

Dalam keadaan itu,Indeks Dolar AS meningkat 0.2 peratus kepada 103.47 mata.

Pada pukul 8.01 pagi,ringgit naik kepada 4.2940/3100 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata European Central Bank dijangka menurunkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas berikutan inflasi susut di bawah sasaran dua peratus dan sentimen perniagaan dalam sektor pembuatan yang lemah.

Beliau berkata di peringkat serantau,Bank of Thailand membuat pengurangan 25 mata asas secara mengejut,susulan langkah serupa dilaksanakan oleh Indonesia dan Filipina,menandakan kadar faedah global mungkin telah mencecah paras tertingginya.

“Bagaimanapun,Rizab Persekutuan AS mungkin menangguhkan pelonggaran selanjutnya,memandangkan daya tahan ekonomi AS memberi kelebihan kepada dolar.

“Ringgit diunjurkan kekal stabil kerana Bank Negara Malaysia mungkin mengambil pendekatan berbeza,(disebabkan) kebimbangan mengenai risiko inflasi yang berterusan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semasa pembukaan dagangan,ringgit lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6624/6798 daripada 4.6780/6834 ketika ditutup pada Rabu,dan naik berbanding pound British kepada 5.5766/5974 daripada 5.5889/5954.

Ringgit turut lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 2.8713/8822 dari 2.8772/8807.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2694/2818 daripada 3.2800/2841 ketika ditutup semalam,dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9279/9858 daripada 12.9329/9546.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 276.8/278.0 daripada 276.8/277.3 semalam dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.46 daripada 7.43/7.45.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap