2024-10-17 HaiPress
Datuk Aminurrahim Mohamed
PORT DICKSON,17 Oktober- Penggunaan peralatan dan aset terkini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diteliti semula bagi membantu penambahbaikan tugasan dalam operasi menyelamat mangsa lemas di pantai.
Menurut Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed,antara peralatan tersebut termasuk pelampung penyelamat kawalan jauh dan juga dron penyelamat.
"Kita usaha tambah bukan sahaja alat kawalan jauh tetapi juga dron. Kita ada bebebrapa teknologi baru,contohnya dron bawa macam baju penyelamat. dan akan lepaskan
"Tetapi itu kita belum dapat lagi berikutan harga yang agak tinggi. Kita tumpu pada teknikal untuk menyelamat," katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Civil Defence Beach Lifeguard Conference (Cdlc) Tahun 2024 di sini.
APM juga mempunyai sebanyak 42 menara penyelamat pantai dan enam stesen penugasan penyelamat pantai tanpa menara yang didirikan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi di seluruh negara.
Dalam perkembangan lainAPM juga membuka sebanyak 302 perjawatan kontrak gred KP19.
Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan,Jabatan Perdana Menteri,Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid berkata,perkara itu kini dalam tindakan dokumentasi bertujuan memantapkan operasi APM.
"302 kontrak telah diluluskan. Jadi kita dalam tindakan untuk dokumen bagi kemasukan pegawai kontrak untuk memantapkan operasi APM," katanya.
Dalam pada itu,APM juga dalam proses melatih dan menyaring bagi pengambilan 60 jawatan tetap di jabatan itu.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20