Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

1,892 majikan buka akaun, 776 mohon sertai Dasar Gaji Progresif

2024-10-15 HaiPress

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Sebanyak 1,892 majikan telah membuka akaun menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) setakat 3 Oktober lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata,776 majikan pula sudah memohon untuk menyertai projek itu.

"Bagi memastikan kemampanan DGP,penilaian projek rintis dibuat dengan mengambil kira perkara berkaitan dasar,ketersediaan sistem,buku panduan gaji dan panduan latihan.

"Penilaian akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif DGP dan dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri pada November ini," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Abdul Rahman,penilaian jemaah Menteri bagi mendapatkan hala tuju pelaksanaan menyeluruh dasar berkenaan.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bachok,Mohd Syahir Che Sulaiman mengenai kadar penyertaan syarikat dalam projek rintis DGP.

Untuk rojek perintis berkenaan,kerajaan menyediakan RM50 juta bagi tujuan pelaksanaan dengan turut membabitkan pembayaran insentif kepada 1,000 majikan.

Projek perintis sukarela itu juga menyasarkan 1,000 syarikat,dengan tumpuan kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana.

Ia akan memberi tumpuan kepada pekerja mendapat gaji antara RM1,500 dan RM4,999.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap