2024-09-25 HaiPress
Foto RTM
KUALA LUMPUR,24 September - Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) kekalkan ramalan inflasi tahun ini pada dua peratus.
Unjuran itu berasaskan kesan inflasi sederhana daripada pelarasan cukai perkhidmatan dan rasionalisasi subsidi.
Ramalan itu juga berdasarkan andaian penangguhan rasionalisasi subsidi petrol RON95 dan pengekalan harganya pada 2 ringgit 5 sen seliter,sepanjang tahun ini.
Firma pelaburan berkenaan turut menjangkakan,inflasi bagi tahun hadapan berada pada julat 2.5 peratus hingga tiga peratus.
Ia dipengaruhi ketidakpastian mengenai rasionalisasi subsidi RON95 selain kuantum dan kaedah pelaksanaannya,yang dijangka akan berlaku tahun hadapan.
Ogos lalu,kadar inflasi Malaysiamereda kepada 1.9 peratus,dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2 mata,berbanding 130.7 mata pada tempoh sama tahun lepas.
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05