Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Fadillah akan ketuai delegasi Malaysia ke AMEM

2024-09-25 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

VIENTIANE,24 September - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan,di sini pada 26 hingga 27 September ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan berkata,kehadiran Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air membuktikan komitmen dan sokongan negara menjayakan agenda ASEAN dan sebagai persediaan ke arah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025.

Menurut PETRA,perbincangan akan menumpukan kepada dasar dan hala tuju,pembangunan infrastruktur,pelaksanaan program dan aktiviti,perkongsian maklumat dan teknologi serta kepakaran dalam bidang tenaga di negara anggota ASEAN.

Antaranya,inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG) sebagai agenda utama sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 bagi memacu peralihan tenaga negara dan ASEAN.

"Fadillah turut membawa agenda pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta aspirasi Malaysia ke arah pembebasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih,khususnya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR),Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP)," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama,Fadillah akan mengadakan perbincangan dua hala dan pelbagai hala dengan menteri tenaga ASEAN dan negara rakan dialog serta ketua organisasi antarabangsa tenaga,menurut PETRA.

"Peluang ini akan dimanfaatkan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk mempromosikan negara sebagai destinasi pelaburan serta membuka peluang kepada pelbagai pihak untuk mendapatkan penjelasan mengenai dasar-dasar negara khususnya dalam membangunkan sektor tenaga dan teknologi rendah karbon yang menyokong aspirasi peralihan tenaga negara," kata kementerian itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap