Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Maritim Malaysia bantu rawat kru kapal putus jari telunjuk

2024-09-20 berita.rtm.gov.myHaiPress

Tilik Raj warganegara India bekerja sebagai Electro Technical Officer (ETO) telah dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut/Foto Maritim Malaysia

KOTA TINGGI,20 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberi bantuan kepada seorang anggota kapal tangki yang putus jari telunjuk kirinya selepas tersepit pada enjin ketika bertugas semalam.

Mangsa,Tilik Raj,59 merupakan warganegara India bekerja sebagai Electro Technical Officer (ETO) telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang sebelum dibawa ke hospital KPJ Pasir Gudang pada pukul 7.10 petang semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor,Kepten Maritim Kama Azri Kamil,berkata pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima makluman dari kapal tangki yang berdaftar di San Marino pada pukul 12.40 tengah hari semalam.

"Kami telah mengarahkan sebuah bot ronda ke lokasi melalui Zon Maritim Tanjung Sedili,namun usaha tersebut gagal akibat cuaca buruk.

"Sebagai langkah alternatif,kapal maritim KM SATRIA dikerah ke lokasi kapal tangki yang berada 12.2 batu nautika timur laut Tanjung Punggai dan berjaya tiba pada pukul 5.00 petang," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim untuk segera melaporkan sebarang kemalangan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2279285 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap