2024-09-19 berita.rtm.gov.myHaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 September- Peruntukan perbelanjaan pembangunan bawah Belanjawan 2025 dianggar berjumlah RM78.3 bilion.
BIMB Securities Sdn Bhd menyatakan,jangkaan itu sejajar unjuran defisit fiskal lebih rendah pada 3.5 peratus tahun hadapan.
Firma itu percaya,sasaran pengurangan defisit fiskal mampu dicapai,disokong perbelanjaan pembangunan lebih rendah.
Dua belanjawan terdahulu,merekodkan perbelanjaan pembangunan melebihi RM90 bilion.
Pengurangan bagi perbelanjaan mengurus juga alternatif untuk menurunkan defisit fiskal,meski ia perkara yang mencabar.
Kerajaan telah memulakan inisiatif mengurangkan perbelanjaan mengurus,antaranya menerusi rasionalisasi subsidi.
BIMB Securities turut menjangkakan pengenalan semula cukai penggunaan berdasarkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
Langkah itu akan memperluas sumber pendapatan tambahan kerajaan,seterusnya mempercepat usaha mencapai sasaran defisit fiskal.
Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan,Datuk Seri Anwar Ibrahim,18 Oktober ini.
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27