2024-09-18 berita.rtm.gov.myHaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi ketika ditutup hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 17-18 September.
Kontrak bulan semerta September 2024 meningkat kepada AS$2,584.10 setiap auns troy daripada AS$2,575.00 setiap auns troy pada Jumaat lepas.
Kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,596.40 setiap auns troy berbanding AS$2,587.30 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan bagaimanapun turun kepada dua lot daripada 14 lot pada Jumaat,manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 69 kontrak daripada 74 kontrak.
Pasaran ditutup pada Isnin,16 September,2024 sempena sambutan Maulidur Rasul dan cuti umum Hari Malaysia.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,584.00 setiap auns troy,berdasarkan penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 September. -BERNAMA
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20