Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Pasukan perubatan Agong rawat mangsa kemalangan

2024-09-18 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,18 September- Pasukan perubatan peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim memberikan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur.

Menurut catatan di facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,semasa kejadian,seorang doktor pakar perubatan kecemasan bersama anggota paramedik serta juruteknik perubatan kecemasan dalam perjalanan mengiringi Seri Paduka Baginda.

"Sebaik melihat kemalangan itu,doktor bersama pasukan perubatan peribadi Seri Paduka Baginda dengan segera memberikan rawatan kecemasan kepada kedua-dua lelaki terbabit.

"Seorang daripada mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan dengan ambulans peribadi Seri Paduka Baginda",menurut catatan itu.

Ambulans peribadi milik Sultan Ibrahim dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat,mesin bantuan pernafasan,alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik.

Ia termasuk peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap