2024-09-17 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto: FB Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
KOTA KINABALU,17 September-Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah menerima sebanyak 20 panggilan kecemasan akibat pokok tumbang di beberapa daerah sekitar negeri ini sejak semalam hingga 11 pagi ini.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan panggilan awal diterima pada 8 pagi semalam susulan angin kencang,hujan lebat serta cuaca tidak menentu.
Kenyataan memaklumkan antara daerah yang terjejas ialah Tuaran,Penampang,Kota Kinabalu,Kota Belud,Kudat,Tenom,Sook,Tawau dan Lintas.
"Bilangan kes pokok tumbang mengikut daerah membabitkan empat kes masing-masing di Kota Belud dan Lintas,tiga kes masing-masing di Penampang dan Kudat,dua kes di Kota Kinabalu,dan masing-masing satu kes di Tuaran,Sook dan Tawau.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan maklumat akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20