Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Lindungi reputasi Pulau Pinang sebagai destinasi makanan utama- Ketua Menteri

2024-09-15 berita.rtm.gov.myHaiPress

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow selepas merasmikan Majlis “Forward Road Relay 2024” di sini,hari ini.

GEORGE TOWN,15 September- Semua pengusaha makanan di Pulau Pinang diminta mengekalkan standard kebersihan yang tinggi bagi meningkatkan reputasi Pulau Pinang sebagai destinasi makanan utama.

Ketua Menteri,Chow Kon Yeow mengingatkan pengusaha kedai makanan di negeri ini berikutan beberapa premis makanan diarahkan tutup susulan tahap kebersihan tidak memuaskan.

Katanya,musim cuti sekolah akan digunakan pelancong domestik dan antarabangsa untuk menikmati makanan popular di negeri ini.

"Ini satu amaran kepada semua pengusaha makanan bahawa mereka perlu sentiasa menjaga imej mereka dan menjaga imej Pulau Pinang sebagai destinasi makanan yang unggul di negara kita. Jangan menjejaskan keyakinan para pelancong kepada premis makanan kita," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepasmerasmikan Majlis “Forward Road Relay 2024” di sini,hari ini.

Menurut Chow,jabatan kesihatan negeri dan pejabat kesihatan daerah sentiasa memantau premis makanan untuk memastikan para pengusaha mematuhi semua keperluan kebersihan.

Jumaat lalu,Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengarahkan tiga premis makanan di Tanjong Bungah ditutup selama 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap