2024-09-15 berita.rtm.gov.myHaiPress
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri/ BERNAMA
KUCHING,14 September- Program perintis Kembara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2024 yang bakal menyelusuri kawasan luar bandar di Sarawak bermula esok,akan diperluas ke seluruh negara.
Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia selari dengan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran rakyat di negara ini mengenai perkhidmatan sosial yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan.
"Di seluruh negara,memang ramai lagi yang menyatakan masalah yang sama,cabaran yang sama,tetapi sebab apa kita datang ke Sarawak dahulu,Sarawak tempatnya besar,kawasannya besar,lagipun lepas di Sarawak kita akan ke Sabah",katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuching selepas meninjau persiapan akhir Majlis Perasmian Kembara Kasih KPWKM 2024 dan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,esok.
Menyentuh mengenai kembara tersebut,beliau berkata tujuh agensi bakal terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat,Yayasan Kebajikan Negara serta Tribunal Anti Gangguan Seksual yang akan melaksanakan 27 aktiviti termasuk program-program utama di lapan persinggahan sepanjang kembara itu.
Antara aktivitinya ialah pemberian bantuan bernilai RM500 kepada wanita untuk menjalankan perniagaan menerusi program Wanita Dinamik,selain pemberian bantuan makanan dan juga saringan kesihatan wanita secara percuma.
Dalam pada itu,Datuk Seri Nancy menasihati masyarakat luar bandar di negeri itu untuk mengambil peluang hadir pada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena kembara tersebut yang menyediakan pelbagai faedah kepada pengunjung terutama bagi mereka yang hendak mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan yang diperlukan.
Kembara tersebut akan berakhir di Lawas pada 22 September ini.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20