Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

2024-09-14 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,13 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.90 bilion daripada RM21.46 bilion pagi ini manakala dana Islam menokok kepada RM25.50 bilion daripada RM24.42 billion sebelumnya.

Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik,satu tender repo berbalik semalaman dan satu tender repo berbalik Islam (SBBA) hari ini.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Bank pusat menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM24.0 bilion kepada RM27.9 bilion dan tender semalaman Murabahah daripada RM24.8 bilion kepada RM25.5 bilion.

Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM27.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM25.50 bilion,kedua-duanya untuk tempoh matang empat hari.

Setakat 12 Sept,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap