Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

2024-09-13 berita.rtm.gov.myHaiPress

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,13 September- Bursa Malaysia mencatat aliran positif tengah hari ini,didorong peningkatan kukuh di Wall Street dalam tempoh semalaman sementara pelabur menunggu mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.94 mata kepada 1,646.25 daripada 1,638.31 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 4.32 mata kepada 1,642.63 dan bergerak antara 1,638.44 dan 1,647.22 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran adalah positif,dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 631 berbanding 329,dengan 386 kaunter tidak berubah,1,119 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 1.62 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata,pemulihan semula di AS dilihat menular kepada saham di pasaran tempatan terutama sektor teknologi memandangkan mereka telah terlebih jual dengan ketara.

Bagaimanapun kenaikan itu mungkin dikekang oleh persekitaran ringgit yang kukuh,dengan pendapatan mungkin lebih rendah pada suku akan datang.

Sementara itu,sentimen ringgit yang meningkat boleh membantu sektor tempatan seperti pengguna,kewangan dan utiliti terpilih,katanya.

"Kami turut tertumpu kepada kaunter pembinaan dan bahan binaan berikutan yakin projek pusat data mungkin mula direalisasi kepada pendapatan sektor pembinaan pada masa hadapan," kata Malacca Securities dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain,Public Bank meningkat tiga sen kepada RM4.68,CIMB melonjak 12 sen kepada RM8.05,Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM14.70 dan IHH Healthcare naik enam sen kepada RM6.71.

Maybank dan CelcomDigi pula masing-masing susut dua sen kepada RM10.62 dan RM3.71 manakala Hong Leong Bank berkurangan empat sen kepada RM21.16.

Bagi kaunter aktif,Velesto naik satu sen kepada 20 sen,MRCB meningkat dua sen kepada 59.5 sen,YTL Corp melonjak 10 sen kepada RM2.57 manakala Globetronics dan OCR tidak berubah pada 55 sen dan enam sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 70.18 mata kepada 12,261.83,Indeks FBM Emas Syariah menokok 96.71 mata kepada 12,086.28 dan Indeks FBMT 100 naik 69.46 mata kepada 11,976.85.

Indeks FBM 70 menambah 143.60 mata kepada 17,238.15 manakala Indeks FBM ACE meningkat 28.97 mata kepada 5,062.64.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 49.71 mata kepada 19,461.94,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.82 mata kepada 174.80,Indeks Tenaga meningkat 18.06 mata kepada 865.70 dan Indeks Perladangan menambah 14.87 mata kepada 7,179.39. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap