2024-09-08 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak
KUCHING,8 September - Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Sarawak malah dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata selain itu,acara yang dilaksanakan secara terbuka setiap bulan turut menjadi tarikan pelancong dengan mempamerkan bendera Sarawak yang dipasang pada tiang tertinggi di Asia Tenggara di Dataran Ibu Pertiwi.
“DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) menganjurkan program ini setiap bulan secara terbuka dan boleh disaksikan dari pelbagai sudut,dengan akses yang mudah untuk menyeberang ke lokasi acara," katanya selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) yang juga Menteri Bertanggungjawab DBKU Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmi Othman.
Terdahulu,DBKU dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pertiwi membawa maksud kedaulatan selain menunjukkan kehebatan Sarawak dengan bendera berwarna merah,hitam dan kuning.
"Warga Bandaraya Kuching dijemput hadir bagi bersama-sama menyaksikan Upacara Bulanan Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di setiap bulan bagi bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20