2024-09-07 berita.rtm.gov.myHaiPress
Datuk Seri Anwar menyampaikan Sembah Ucapan sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara / FOTO RTM
KUALA LUMPUR,7 September- Kerajaan Perpaduan komited terus mempergiat usaha untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Komitmen turut dizahirkan untuk menyediakan akses pendidikan bermutu,serta kesihatan mampu milik demi keselesaan rakyat.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar turut menegaskan pencapaian ekonomi negara tidak bermakna sekiranya tidak dapat memanfaatkan rakyat.
"Kerajaan menyedari angka pertumbuhan tidak bermakna jika tidak melimpah kemajuan hasilnya kepada rakyat.
"Sesungguhnya matlamat yang ingin dicapai oleh rangka kerja Ekonomi MADANI adalah sosioekonomi masyarakat lebih saksama,iaitu pendapatan rakyat meningkat,mengurangkan kos sara hidup dan memperluas jaringan keselamatan sosial.
"Kerajaan akan terus berusaha keras meningkatkan akses kepadan pendidikan bermutu,prasarana kesihatan dan perumahan mampu milik supaya rakyat menikmati kehidupan lebih selesa,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sembah Ucapan sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20