Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

PM tiba di Vladivostok, mulakan lawatan kerja ke Rusia

2024-09-04 berita.rtm.gov.myHaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vladivostok bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Rusia

VLADIVOSTOK,4 September- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vladivostok bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Rusia.

Kehadiran beliau bagi memenuhi jemputan Presiden Rusia,Vladimir Putin.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok sekitar 8.30 pagi waktu tempatan.

Menaiki pesawat sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan,Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari.

Ketibaan disambut pegawai kanan Kementerian Luar Rusia dan Naib Gabenor Wilayah Primorskii.

Turut menyambut Perdana Menteri ialah Duta Besar Malaysia ke Rusia,Datuk Cheong Loon Lai.

Dalam rangka lawatan kali ini,Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia.

Datuk Seri Anwar turut dijangka menyampaikan ucapan dalam sesi plenari Forum Ekonomi Timur yang disertai lebih 40 negara.

Selain itu,beliau akan mengadakan pertemuan bersama beberapa pihak berkepentingan Rusia.

Ini merupakan lawatan sulung Datuk Seri Anwar ke negara itu sejak menjawat jawatan Perdana Menteri.

Rusia adalah rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah.

Tahun lepas,jumlah dagangan dua hala mencatatkan nilai RM14.22 bilion,iaitu 15.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap