2024-09-03 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,3 September – AmBank Group memeterai kerjasama strategik dengan anak syarikat milik penuh Ramssol Group Bhd,RAMS Fintech Sdn. Bhd untuk platform dalam talian,“Pay Day Now”.
Kerjasama itu membolehkan pekerja mengakses gaji yang mereka perolehi sebelum hari gaji biasa,yang dapat meningkatkan kestabilan kewangan dan fleksibiliti tanpa dikenakan beban faedah.
"Platform ini hanya mengenakan yuran pemprosesan tetap,menjadikannya pilihan yang lebih mudah diakses dan kos efektif untuk warga kerja," menurut AmBank menerusi kenyataan.
Platform itu dijangka dilancarkan dengan sasaran pasaran awal termasuk perkhidmatan awam dan syarikat tersenarai awam dengan objektif utamanya untuk memperbaiki kesejahteraan kewangan pekerja melalui penyelesaian kewangan yang mudah diakses melalui bank.
"AmBank komited menyokong pelanggannya yang menggunakan penyelesaian gaji dengan kemudahan yang diperlukan tanpa beban kewangan tambahan kepada majikan," tambah AmBank.
Pekerja kini boleh mengakses gaji yang diperolehi seawal mingguan apabila menghadapi keperluan kewangan kecemasan yang tidak dijangka dengan hanya sedikit yuran pemprosesan.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20