Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Tiada halangan bersuara serta nyatakan pandangan

2024-09-03 berita.rtm.gov.myHaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA,3 September - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu menghalang bekas Perdana Menteri itu untuk 'bersuara' serta mengutarakan pandangan atau sebarang kenyataan secara terbuka.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata,tiada sekatan mahupun halangan dalam kebebasan bersuara di negara ini.

Malah menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi,bekas Perdana Menteri itu masih bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang sekatan dan halangan hingga ke hari ini.

"Ala kesian Dr Mahathir,beliau masih boleh bersuara dan tidak ada sesiapa yang menghalang beliau daripada mengeluarkan kenyataan ataupun sesiapa menghalangnya daripada menghadiri mana-mana acara.

" Beliau masih bebas bergerak,beliau masih bebas untuk hadir ataupun tidak hadir,masih bebas untuk mengeluarkan kenyataan," kata Fahmi.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kementeriannya,di sini.

Sementara itu,sempena sambutan Bulan Kebangsaan,Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media diperluas kepada pengguna pelan prabayar.

Fahmi menjelaskan,sebelum ini insentif itu hanya dinikmati para pengamal media yang menggunakan perkhidmatan pascabayar sahaja,seperti yang dilaksanakan tahun lalu.

"Ada sejumlah pengamal media yang memaklumkan mereka tidak menggunakan pelan pascabayar. Jadi kami telah mendengar,menerima pandangan itu dan saya telah meminta supaya pihak kementerian berhubung dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Maka semua pengamal media tahun ini akan mendapat rebat sama ada mereka menggunakan pelan pascabayar ataupun prabayar," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap